Friday, January 14, 2011

"Hani Dreaming for Her Bigday"

Hello :) 
WOW! Semakin hangat panas membara semangat untuk join 
Contest "What's Hot is Gettin' Hotter"  by CST Production &
LYNDARAHIM KUALA LUMPUR

Sapa CST? Sapa pulak LYNDARAHIM? ek eleh korang..jangan bikin panas kt cni, takkanla korang tak kenal??? Biar betik?? Diorang lah antara yang sekarang ni bermain di bibir manusia sekarang ni tau ke TIDAKK???? Tolong saya boleh tak? nak tolong ape ye? 

TOLONG GOOGLE!!!!! tq :))

Back to my story tadi, actually da byk kali da terasa nak join contest ni dari awal lg, tapi untuk apa? Nanti aku ceritakan ya? Baca dulu *-* 

Pilih 1 untuk Title Contest Anda
1) My Dreams "Wedding". (anda boleh ceritakan konsep wedding yang anda impikan)
2) My Dreams "Love Story". (anda boleh ceritakan jalan cerita cinta yang anda impikan / kisah benar anda)

Part ni yang paling best ni :

Hadiah?
- 1 event full coverage by CST PRODUCTION photo & video (Majlis pernikahan / Persandingan / Pertunangan / Aqiqah / Birthday / etc... )
- 1 set wedding Dress Bride & Groom (worth RM4000++) by LYNDARAHIM KUALA LUMPUR.
- Hadiah ini valid sehingga 1 Jan 2012 sahaja.
- Hadiah boleh di tukar milik.

Siapa yang boleh join?
- Sesiapa yang mempunyai blog dan facebook yang meminati hasil kerja CST & LYNDARAHIM.
- Sesiapa yang ingin berkahwin.
- Sesiapa yang ingin menghadiahkan hadiah utama ini kepada kwn2 atau adik beradik.

***********************************************************************************

 "Hani Dreaming for Her Bigday" 

Puteri Impian? Besar sangat tu...ketepikan itu semua.aku punya impian aku sendiri tuk aku angan2kan pada hari aku nanti..Aku suka bermain dengan tema dan warna..Aku suka sesuatu yang pelik/unik yang membuatkan mata semua terbeliak..otak yang pusing berfikir "WAH!! Beraninya minah ni". Nak tau tak? Mari aku kongsi dengan kalian semua ya?

Pelamin 

Sangat vintage dan aku sangat salute pada idea pengantin ni..Aku TERsangat teruja bila 1st time aku meneroka blog pemilik pengantin perempuan tu. Pada aku, tak perlu mainan kain yang banyak seperti kebanyakkan pelamin2 sekarang ini. Di tambah pula dengan props macam Vespa kuning tu. atau letakkan basikal antik tua. Akan aku cahayakan lagi dengan lampu lantern di lantai pelamin supaya ada sinar di hari bahagia. Aku hanya inginkan kelainan dari biasa. Kalau boleh seakan2 aku berada di dalam tema fantasi cinta aku sendiri. Indahnya ^--^ 

Busana 

pic credit to photog : Al Shahkirin Mohamed Adam
 Putih = Suci untuk ku sarungkan pada hari nikah. Sesuci ketika aku dilahirkan ke dunia untuk ibubapa ku, Sesuci itulah aku diserahkan kepada sang suami ku. Hanya sesuatu yang simple berperician mewah.

pic : Ms Google 
Glamor! Mewah! Ya itu aku! Aku hanya memerlukan sepasang busana yang exclusive pada hari persandingan. Tolak ketepi untuk pakaian sanding lain, aku tak mahu membazir pada benda yang aku tidak mahu. Tidak perlu ikut kata orang..berpegang pada kata hati sendiri. Itu prinsip aku. 

Aku idam2kan sepasang busana yang berwarna nude ( pada aku ianya warna mewah ) yang diberi sentuhan gaya inggeris + vintage..ditaburi batu2 swarovski di keliling dada untuk mendapatkan impact mewah. Kain labuh flair ala veil akan tampak elegan klasik untuk ku peragakan di jeti nelayan pada masa photography nanti.

Oh yer..jangan lupa, aku juga perlukan ini :) roses hand-bouquet


Final Touch-up


Comel bukan? Khas untuk kanak2 yang datang memeriahkan majlis ku. Penuh dengan jellybeans, popcakes, marshmallows, cotton candy & my favorite choc fountain..Love it..

Pasti korang tertanya2 apa kesudahan cerita aku ni? Aku tidak mempunyai cerita cinta, aku tak se-bertuah korang, se-bahagia korang kerana aku hanya boleh mengelamun dan berangan kerana sudah masuk 2 tahun pertunangan kami sampai pada titik noktah. Kami membawa hala tuju masing2. Walaupun aku masih bersedih masih terkenang pada masa lampau tapi aku yakin dan percaya DIA ada sesuatu yang baik untukku kelak. Aku tidak meminta simpati daripada kalian tapi aku terpanggil untuk meluahkan apa yang aku rasa dan angan2 yang aku impikan selama ini..Jika mungkin aku ditakdirkan untuk menang, aku mengharapkan agar aku dipertemukan dengan seseorang yang boleh memimpin tanganku untuk bertatih semula. Pada tanggal 15 January 2011 detik 4:02am aku berDoa agar DIA mendengar. Semoga berjaya semua. Amin.

 "Masih adakah aku harapan untuk bahagia semula"?


Penghargaan kepada :



2 comments:

  1. gud luck...suke tgok pelaminnye...jarang orang buat cm tu....

    ReplyDelete
  2. Thank u :)
    That's why la...
    sgt jatuh cinta dgn pelamin die.....

    ReplyDelete